Selasa, 13 Februari 2018

[KEMASKINI] Tiada mangsa cedera, terkorban dalam kebakaran bangunan KWSP

ANTARAPOS

Post Pic



PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan tiada mangsa yang cedera atau terkorban dalam kebakaran di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jalan Gasing, di sini, jam 12 tengah hari tadi.

Terdahulu, menerusi video dan gambar yang dikongsi netizen, kelihatan asap menyelubungi sebahagian bangunan berkenaan yang terletak di tepi Lebuhraya Persekutuan.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, percikan api yang menyebabkan berlakunya kebakaran di bangunan itu dipercayai bermula daripada kerja penyelenggaraan.

Menurutnya, api merebak dengan pantas kerana pelapisan dinding yang digunakan bangunan itu bersifat mudah terbakar.

“Kebakaran bermula dari tingkat satu dan hampir keseluruhan bahagian luar bangunan KWSP musnah.

“Tambahan pula lagi dengan faktor angin yang kuat, ia mempercepatkan proses kebakaran tersebut,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di perkarangan bangunan KWSP, di sini hari ini

Tiada ulasan: