Rabu, 21 Februari 2018

Dihalang lintasi ruang udara Indonesia, pesawat bawa PM Israel ubah laluan



Dihalang lintasi ruang udara Indonesia, pesawat bawa PM Israel ubah laluan



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk perjalanannya ke Australia kerana pesawat yang dinaiki beliau perlu menghindari ruang udara Indonesia.

Menurut laporan The Guardian, perjalanan Netanyahu mengambil masa 11 jam berbanding lapan jam setengah berdasarkan perjalanan biasa mengikut laluan Singapura-Sidney.

Peristiwa berkenaan berlaku pada 22 Februari tahun lalu.

Pesawat terbang El Al milik Israel tidak dibolehkan melalui ruang udara banyak negara yang mempunyai penduduk majoriti Muslim, termasuk Pakistan dan Indonesia.

Indonesia adalah negara yang mempunyai penduduk beragama Islam terbesar di dunia dan dikenali sangat kental mendukung perjuangan rakyat Palestin, memetik laporan BBC Indonesia.

Kerajaan Indonesia tidak memiliki sebarang hubungan diplomatik, bagaimanapun terdapat usaha daripada Israel untuk menjalin hubungan dagang antara kedua negara tersebut.

Tiada ulasan: