Isnin, 19 Februari 2018

Chegubard lapor polis difitnah penyokong PH

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, membuat laporan polis hari ini di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ekoran difitnah penyokong Pakatan Harapan (PH).
 
Fitnah yang disebarkan melalui pelbagai medium laman sosial itu mendakwa isteri Badrul ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan cuba merasuah Ketua Srikandi PPBM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
 
Menurut Badrul yang juga Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), pemimpin PH maklum berkenaan penyebaran fitnah tersebut namun kesemuanya membisu sehingga kini.
 
"Saya ingin menafikan sepenuhnya fitnah ini. Isteri saya tidak pernah terlibat dengan apa-apa perbuatan merasuah ahli politik.
 
"Fitnah ini menunjukkan bahawa Pakatan Harapan kini sudah mengadaptasi fitnah sebagai taktik politik rasmi mereka. Sebab itulah nampaknya pemimpin mereka begitu takut dengan cadangan kerajaan untuk menggubal undang-undang untuk menyekat berita palsu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.
 
Terdahulu Chegubard hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membuat laporan terhadap dakwaan yang tersebar baru-baru ini mengenai dirinya dan keluarganya ditahan SPRM.
 
Dakwaan tersebut mengatakan bekas pemimpin PKR itu ditahan ekoran cuba merasuah anggota PPBM bagi meninggalkan parti serpihan Umno itu.
 
Laporan tersebut mendakwa isteri Chegubard merupakan dalang untuk menyogok Ketua Srikandi PPBM.
 
Beliau yang juga  tiba sekitar jam 11.30 pagi, ditemani beberapa individu lain.
 
PPBM sebelum ini dilaporkan akan terus menekan SPRM bagi mengesahkan dan mendedahkan butiran siasatan seorang individu yang dikatakan ditahan kerana cuba menyogok ahlinya keluar parti.
 
 
 

Tiada ulasan: