Ahad, 25 Februari 2018

BN masih bincang agih kerusi - Tengku Adnan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi bagi Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) masih dalam perbincangan, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
“Masih lagi dibincang belum ada keputusan, kita serah pada Pengerusi (BN),” jawabnya ketika ditanya media mengenai pengagihan kerusi BN bagi PRU14 selepas menyempurnakan majlis pelepasan program larian ‘Big Walk Volunteer in Community Engagement’ (VOICE) bersempena sambutan Hari Wilayah 2018.
 
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno sebelum ini berkata parti itu sudahpun menyerahkan senarai calon berpotensi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdiri daripada gabungan muka baharu dan calon berpengalaman.
 
Selain Umno, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam juga dilapor telah menyerahkan senarai lengkap nama calon yang akan bertanding bagi sembilan kerusi Parlimen dan 18 DUN pada PRU14 kepada Najib, yang juga Pengerusi BN.
 
MCA pula, sementara menunggu ‘restu’ Najib, mengumumkan beberapa nama calon parti itu bagi kerusi Parlimen dan DUN, antaranya bagi kerusi Parlimen Labis, Padang Serai, DUN Sekinchan dan DUN Bekok, selain meletakkan kriteria utama pemilihan kepada calon yang ‘rajin turun padang’

Tiada ulasan: