Ahad, 18 Februari 2018

BN akan kaji caj plastik 20 sen jika tawan semula Selangor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) akan mengkaji semula caj beg plastik 20 sen yang diperkenalkan di negeri ini jika menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
 
Tan Sri Nor Omar berkata dasar kerajaan negeri itu didakwa “menyusahkan rakyat dan menguntungkan sesetengah pihak sahaja”, lapor Sinar Harian.
 
“Caj ini tidak termasuk dalam resit pembeli dan ia menimbulkan tanda tanya ke mana perginya duit itu,” kata pengerusi Umno Selangor itu di sini.
 
Selaku menteri kabinet, wakil rakyat Tanjong Karang itu menuntut kerjasama pasar raya dan peniaga demi mengurangkan penggunaan beg plastik.
 
Malah, peniaga sepatutnya menghadiahkan 20 sen kepada pelanggan yang membawa beg sendiri dan bukan mengenakan caj pada mereka, kata Noh lagi
 
“Melalui cara ini, ia akan memberi kesedaran kepada pembeli betapa bahayanya beg plastik yang menjadi penyebab pencemaran alam sekitar,” katanya.
 
Beliau berkata caj 20 sen gagal menyedarkan penduduk untuk menghapuskan penggunaan beg plastik dan kempen kebersihan di Selangor.
 
 

Tiada ulasan: