Jumaat, 16 Februari 2018

Amanah tetap bukan saingan PAS di Kelantan - ADUN Chempaka

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Amanah tidak mampu menjejaskan kekuatan PAS di Kelantan apatah lagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri berikutan tiada tokoh pemimpin berkredibiliti untuk ditampilkan kepada rakyat.
 
Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa Ahmad Fathan Mahmod berkata Amanah kini lebih fokus mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan daripada menabur khidmat bakti kepada rakyat.
 
"Dalam konteks Kelantan mungkin PAN (Amanah) Kelantan dalam isu pengagihan kerusi di peringkat Parlimen mungkin tidak terasa sebab dia fokus kepada negeri (Kelantan).
 
"Tapi yang di Kelantan PAN (Amanah) lebih kepada nak jatuhkan kerajaan negeri yang ada sekarang," katanya.
 
Selain Ahmad Fathan, ramai pemimpin PAS melihat Amanah sebagai tidak akan mampu menawan Kelantan pada PRU14 akan datang.
 
Mereka senada dengan Ahmad Fathan bahawa hanya Husam Musa yang boleh parti itu harapkan, namun Naib Presiden Amanah itu berdepan krisis moral apabila meninggalkan perjuangan PAS.
 
"Yang hanya mampu ditonjolkan (Amanah) adalah Husam Musa, yang lain-lain tiada pun.
 
"Jadi dalam kerajaan sekrang saya nampak ia memberi kesan juga dari sudut moral dan sokongan apabila rakyat lihat dalam soal agihan kerusi Parlimen pun sedikit maka ia akan beri kesan kepada keyakinan kepada PAN (Amanah) termasuk di Kelantan," katanya.
 
Husam sebelum ini menerima tamparan apabila pangkat Datuk yang dipakainya selama ini ditarik balik Sultan Kelantan.
 
Perkembangan itu tentunya akan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap Husam sekali gus, Amanah pada PRU akan datang.
 
PAS Kelantan dalam pada itu bertegas, kerajaan negeri tidak sesekali mempengaruhi keputusan yang diambil Sultan Kelantan malah berkata ia adalah hak Sultan Muhammad V sepenuhnya.
 
 

Tiada ulasan: