Ahad, 25 Februari 2018

Amanah bukan ancaman utama PAS di Perlis

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Perlis percaya Amanah bukan saingan utama mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memandangkan parti serpihan itu langsung tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi.
 
Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Shukri Ramli berkata seperti biasa ancaman sebenar bagi parti itu di Perlis hanyalah Barisan Nasional (BN).
 
Katanya, berbanding PAS yang mempunyai kekuatan pelbagai peringkat, Amanah yang hanya mempunyai ahli ahli yang sedikit tidak mampu pun menggugat parti leluhurnya itu.
 
"Jumlah ahli PAS di negeri ini yang beralih arah kepada PAN tidak sampai satu peratus malah ramai dalam kalangan mereka sudah kembali kepada PAS. 
 
"Jadi saya lihat, saingan utama PAS di Perlis ini hany BN," katanya kepada Antarapos.
 
Dalam pada itu ADUN Sanglang ini menambah PAS bersedia menggantikan BN sebagai parti pemerintah di Perlis selain turut menawarkan manifesto yang mengutamakan rakyat.
 
"Seperti pembangunan yang tak perlu termasuk pembinaan bangunan kedai, pasaraya besar yang kita rasa kuasa membeli bilangan rakyat di Perlis sekitar 250,000 adalah sesuatu yang tak perlu pembangunan yang terlalu kehadapan.
 
"(Sehingga) menyebabkan banyak bangunan kedai dan rumah kedai yang kosong selepas pembinaan disebabkan tidak ada peniaga yang berminat dan sekarang ini pun kita lihat banyak pekan seolah-olah macam nak jadi pekan mati kerana tidak ada pengunjung," katanya.
 
 

Tiada ulasan: