Jumaat, 16 Februari 2018

Aliran trafik di beberapa lebuh raya terkawal

OLEH SABIRAH AZIZ

 


SUBANG: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa tempat menuju ke arah utara perlahan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia ekoran pergerakan kenderaan berat yang perlahan menaiki bukit, dari Tapah dan terowong Menora.

“Trafik di selatan juga lancar, namun kenderaan dilihat agak perlahan menuju ke Skudai dan pintu masuk ke Singapura.



“Bagaimanapun, secara umumnya, keadaan trafik agak lancar dan terkawal dengan tiada kesesakan serius,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata, keadaan di lebuh raya dan jalan persekutuan pula didapati agak lengang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pemantauan trafik melalui udara sempena cuti Tahun Baharu Cina, di Menara Korporat Persada PLUS, di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.

Tiada ulasan: