Jumaat, 16 Februari 2018

Ahli PAS Kedah terus desak kerajaan tubuh RCI Memali

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: Lebih 20 ahli PAS Kubang Semang mengadakan demonstrasi aman di Masjid Seberang Jaya di sini, hari ini, bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung tragedi Memali.
 
Selain penubuhan RCI Memali, mereka turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci kekayaan luar biasa keluarga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Jurucakapnya, Rashid Rashidi, berkata pihaknya mahu waris mangsa Memali menerima pembelaan yang sewajarnya dalam tragedi yang mengorbankan 14 individu 33 tahun dulu.
 
"Kami mahu siasatan terperinci dijalankan dalam insiden Memali dan orang ramai, terutama waris mangsa mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.
 
"Apa yang lebih malang, ada segelintir bekas pemimpin PAS yang dahulunya memperjuangkan isu Memali, namun kini mereka tergamak menafikannya," katanya selepas mengadakan demonstrasi aman selepas solat Jumaat di Masjid Seberang Jaya di sini, hari ini.
 
Mengulas lanjut, Rashid berkata, pihaknya juga hairan apabila semua ahli keluarga Dr Mahathir mampu menjadi jutawan dan mengumpul kekayaan dalam tempoh yang singkat.
 
"Apa yang menghairankan, sebelum menjadi perdana menteri, Dr Mahathir hanya seorang doktor manakala bapanya seorang guru.
 
"Namun selepas menjadi perdana menteri ketika itu, keluarga termasuk anak-anaknya semua bergelar jutawan," katanya dipetik BH Online.
 
Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
 
Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
 
PAS sebelum ini menggesa kerajaan segera menubuhkan RCI bagi merungkai peristiwa itu supaya rakyat mengetahui kejadian sebenar.
 
 

Tiada ulasan: