Khamis, 11 Januari 2018

YIDE urus selia 6 pusat dialisis MAIS

OLEH NAEEM RAFFI




SHAH ALAM: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) mengurus selia enam cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menerusi laman facebooknya, YIDE memaklumkan enam pusat itu membabitkan Pusat Dialisis MAIS Shah Alam, Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar, Taman Melawati dan Bukit Jelutong.

Katanya, kesemua pusat dialisis itu menyediakan 43 mesin hemodialisis bagi menampung kapasiti 258 pesakit daripada pelbagai peringkat umur.

“Rawatan hemodialisis adalah salah satu peranan YIDE dalam memberi khidmat sokongan kebajikan khususnya dalam bidang kesihatan dan perubatan,” katanya.



Selain menawarkan perkhidmatan rawatan hemodialisis yang dikawal selia Pusat Dialisis MAIS, YIDE turut berperanan memberi bantuan bencana kepada rakyat.

YIDE juga berperanan menguruskan hal ehwal anak yatim di Selangor dengan melaksanakan program agihan sumbangan kewangan dan bantuan pendidikan.

Tiada ulasan: