Rabu, 24 Januari 2018

Selepas SPRM, Azwan Ali akan buat laporan polis pula

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selebriti popular Azwan Ali bakal tampil membuat laporan polis pula berhubung salah laku kepimpinan tertinggi Selangor yang juga merupakan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Memetik portal Sinar Online, laporan itu akan dibuat pada Khamis ini di Balai Polis Dang Wangi yang mengaitkan Menteri Besar Selangor itu.
 
Ketika dihubungi, Azwan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
 
"Tunggu sahaja harinya nanti... Buat masa ini saya tak mahu cakap apa-apa lagi," ujarnya ringkas.
 
Ditanya, apakah ia masih berkaitan rasuah Mohamed Azmin, Azwan hanya ketawa kecil.
 
"Saya akan dedahkan semuanya...," katanya.
 
Sebelum ini Azwan sudah menghantar 'bukti' kepada SPRM mengenai salah laku dan rasuah yang dikatakan ada hubung kait dengan Azmin.
 
Genap sebulan bahan bukti itu dihantar namun SPRM masih menyiasat kes tersebut.
 
 

Tiada ulasan: