Rabu, 24 Januari 2018

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar US hari ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar US yang lemah, kata peniaga.
 
Pada 9.00 pagi, ringgit mencatatkan 3.9180/9210 berbanding dolar daripada 3.9250/9280 pada penutupan Selasa.
 
Ketua Pedagang Oanda Corp bagi Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata walaupun wujud risiko susulan perbincangan perdagangan semalaman, ringgit terus meningkat pagi ini.
 
"Gabungan harga minyak yang kukuh, dolar US yang secara menyeluruh lemah selain sentimen risiko yang positif susulan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan pertumbuhan global yang menyeluruh sejak 2010.
 
"Ini meletakkan ringgit pada kedudukan yang baik menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia, esok," katanya dipetik Utusan Malaysia Online.
 
Beliau brekata tindakan pertama dilancarkan hari ini yang boleh menyebabkan perbincangan berpanjang dalam rundingan dagangan antara US dan China serta Korea Selatan dan kemungkinan bagi keseluruhan Asia.
 
Tarif yang dikenakan ke atas panel solar import dan mesin basuh oleh pentadbiran Amerika Syarikat, tindakan yang dilihat berpotensi mencetuskan perang dagangan antara beberapa ekonomi dunia.
 
Pasaran pesat membangun Asia akan mengikut perkembangan ini kerana kebimbangan berkaitan perdagangan mungkin mencetuskan risiko luaran yang paling besar memandangkan kebanyakan negara serantau adalah ekonomi berasaskan perdagangan, katanya.
 
"Namun, berdasarkan kedudukan ringgit yang kurang sensitif kepada kejutan luar berbnading rakan serantau, disebabkan peningkatan harga minyak, penyusutan mata wang tempatan akan kurang berbanding mata wang serantau," katanya.
 
Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.
 
Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.8184/8228 daripada 4.8026/8079 pada Selasa dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9749/9790 daripada 2.9737/9771.
 
Nota tempatan juga rendah berbanding yen kepada 3.5541/5571 daripada 3.5466/5499 dan rendah berbanding pound British kepada 5.4876/4925 daripada 5.4738/4788 .
 
 

Tiada ulasan: