Sabtu, 20 Januari 2018

Ribut petir di Sabah dan Sarawak pagi ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir 
di perairan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berterusan sehingga lewat pagi ini.
 
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web METMalaysia, pada jam 6.40 pagi ini, kawasan yang itu membabitkan Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang, selain Pedalaman dan Pantai Barat, Sabah.
 
"Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil," katanya menurut kenyataan itu.
 
Sementara itu, bagi aktiviti perkapalan, MetMalaysia turut memberi amaran ribut petir menyeluruh dijangka berlaku di perairan Reef South, Reef North, Labuan dan Palawan dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.
 
"Keadaan sama ini juga menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil," katanya.
 
 

Tiada ulasan: