Rabu, 24 Januari 2018

Polis Terengganu Cari Bekas Pengarah YBNT



MYNEWSHUB 

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu sedang berusaha mengesan bekas pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) Mohd Adam Mohd Ghazali berhubung kes penipuan umrah YBNT melibatkan kerugian kira-kira RM4.5 juta.

 

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata bekas pengarah itu dipercayai menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan polis telah mengedarkan gambarnya kepada pihak imigresen dan semua kontinjen polis bagi mengesannya.

Katanya bekas pengarah itu yang direman pada 27 Dis 2016 hingga 21 Jan 2017 bagi membantu siasatan kes tersebut telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman itu sementara menunggu arahan Pegawai Pendakwa Negeri.

Ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini ,hari ini, Aidi berkata lokasi terakhir Mohd Adam, 30, dikesan adalah di Pasir Mas, Kelantan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentangnya supaya menyalurkannya kepada pihak polis.

Kes penipuan oleh YBNT yang menawarkan pakej umrah dengan harga terlampau murah RM3,000 seorang telah dilaporkan pada 21 Dis 2016 yang melibatkan sebanyak 4,000 guru di negeri ini.

Sebanyak 392 laporan polis telah dibuat dan 11 kertas siasatan telah dibuka. – BERNAMA

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: