Rabu, 24 Januari 2018

Polis serah kertas siasatan tanah Felda kepada Peguam Negara hari ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak kepada Jabatan Peguam Negara, hari ini.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kertas siasatan itu sepatutnya dihantar minggu lalu, namun ditangguhkan akibat isu teknikal.
 
"Kertas siasatan itu sudah disiapkan hari ini, kita terpaksa tangguhkan untuk menghantar kertas siasatan walaupun saya maklumkan ia akan diserahkan pada minggu lalu.
 
"Hari ini kita akan serahkan kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ulung Ketua Polis Negara dengan semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah dan pelancaran Buku Panduan Penyiasatan Jenayah dan Arahan Penyiasatan Jenayah di sini, hari ini.
 
Pada 5 Januari lalu, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad antara yang dipanggil memberi keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda itu.
 
BH menerusi laporan eksklusifnya pada 21 Disember lalu melaporkan, FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015

Tiada ulasan: