Jumaat, 19 Januari 2018

PKR Mula Serang Kubu Presiden PAS ?






Dalam satu poster yang bertebaran di media sosial menunjukkan PKR mula menyerang Parlimen Marang yang disandang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam poster itu memaparkan gambar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjadi tetamu istimewa untuk program perasmian bilik gerakan utama Pakatan Harapan di Parlimen Marang, pada 19 Januari 2018.

Selain Nurul Izzah, gambar Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bersama pimpinan Pakatan Harapan peringkat negeri juga turut dipaparkan.

Mewakili kepimpinan PH pusat, gambar Pengarah Komunikasi Amanah Nasional, Khalid Abdul Samad juga turut dipaparkan.

Majlis perasmian dan ceramah itu akan diadakan di Lot No 7760 Kg. Padang Lebam 21400 Marang, Terengganu.

Tiada ulasan: