Rabu, 24 Januari 2018

PAS dituduh pecah belah pembangkang?

USTAZ IDRIS AHMAD

 
 
HARI ini ada orang menuduh PAS sebagai pemecah belah parti pembangkang. Sebelumnya dituduh PAS tungkat Umno, PAS hendak UG dengan Umno, PAS dapat RM90 juta, PAS parti pengacau. Macam-macam lagi tuduhan terhadap PAS yang dihamburkan oleh pemimpin mereka dan ditulis oleh cyber trooper mereka. Itu petanda alamatu kubra pilihan raya sudah dekat. PAS terus mara atas landasan perjuangan.
 
Semua tuduhan itu PAS anggap sebagai multivitamin untuk terus bekerja dan memperjuangkan Islam dan menyelamatkan negara. Segala tuduhan ini bukan melemahkan PAS. Mereka hendak mematikan perjuangan PAS insya-Allah tidak mampu, selagi PAS tidak meninggalkan dasar Islam. Motivasi ahli PAS ialah perjuangan di dunia untuk bekalan akhirat. PAS berpolitik bekalan untuk mati bukan bekalan untuk hidup semata-mata.
 
Pelik yang tuduh itu  baru jadi pembangkang. PAS sudah lama melawan BN, dahulunya Perikatan. Memang belum menang di peringkat negara. Kerana PAS tidak mahu gadai prinsip. Kalau hendak menang cepat, tanpa mengira prinsip Islam, sudah lama PAS menang. Kalau PAS hendak cepat menang mudah ja. Setuju dengan pesta arak, setuju dengan LGBT, setuju dengan puak atheis, setuju dengan golongan anti hadis, setuju dengan orang yang hina hukum Islam setuju dengan program maksiat.
Mereka yang baru lawan Umno kerana, temolok sudah penuh, harta negara habis difaraid di kalangan suku sakat.  Sekarang mengamuk fasal tidak cukup dedak. Bukan kerana dasar. Bukan kerana negara dan rakyat. Semua gara-gara hendak perhatian dan hilang kasih sayang. Nanti apabila dipujuk akan berhentilah menangis. Apabila dedak dan nestum diberi oleh Umno, maka berduyun-duyun sertai Umno kembali, kerana nafas tidak panjang. Kesian. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: