Rabu, 24 Januari 2018

Mayat lelaki terapung di Sungai Skudai

THE MALAYSIAN TIMES
 


JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Skudai berdekatan jeti nelayan di Pangkalan Rinting, awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin ( PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata mangsa, yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu, dikenali sebagai Suhaimi Abu Bakar, 56, dari Kampung Batu Enam, Skudai.

Beliau berkata Bilik Gerakan Marin Tampoi menerima panggilan daripada orang awam pada 9 pagi berhubung penemuan mayat berkenaan.

“Anggota PPM yang bertugas dalam rondaan Operasi Gelora diarah ke tempat kejadian dan menemui satu mayat terapung berdekatan jeti nelayan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.–Bernama

Tiada ulasan: