SHAH ALAM: Lebih 200 ahli PKR mengumumkan keluar parti dan mendakwa
tindakan itu susulan perjuangan parti yang telah tersasar daripada
landasan.
Tindakan itu diketuai bekas penolong ketua Cabang PKR Jelutong, Lim Boon Miin.
Kesemua bekas ahli PKR itu juga menyerahkan borang keanggotaan mereka kepada parti baru, Parti Bersatu Malaysia (MU).
Mengulas lanjut, Lim yang menyertai PKR sejak 2008 berkata, perjuangan
‘Reformasi’ yang dilaungkan telah menyimpang dari landasan awalnya,
selepas PKR mula bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM.
Tambahnya, ia semakin bertambah teruk apabila PKR kini menjadi sebuah parti yang kehilangan suara kerana dikawal DAP.
“Apa gunanya kami berada dalam PKR apabila suara kami tidak didengari ?
Kami kecewa dan perkara terbaik untuk kami lakukan adalah meninggalkan
parti dan melawan dari luar.
“Kami yakin lebih rami orang akan mengikut keputusan kami untuk meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya.
Sementara itu, presiden MU, Tan Gin Theam berkata, semakin ramai ahli
keluar parti dan menolak Pakatan Harapan (PH) membuktikan mereka semakin
sedar bahawa PH kini telah mati dan hanya tinggal pada nama.
“Kesedaran mereka berpunca daripada fakta bahawa DAP telah menjadi
autokratik dan diktator dalam keputusannya, dan sentiasa membuli serta
menindas rakan Pakatan Harapan mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan