Jumaat, 19 Januari 2018

Khidmat Malaysia santuni mangsa banjir Mersing

AZMAN ATMIN

MERSING: Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Negeri Johor telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir kawasan Mersing dalam satu serahan yang diadakan di Darul Taqwa, Ayer Merah, di sini semalam.
 
Sumbangan disampaikan melalui Setiausaha Khidmat Malaysia Johor, Abd Aziz Abdullah itu adalah dengan kerjasama Lujnah Kebajikan PAS Johor dan PAS Kawasan-kawasan seluruh negeri itu. 
 
Lebih 200 bungkusan sumbangan dengan nilai RM7,500 telah diserahkan dan diterima oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Mersing, Roslan Nikmat dalam majlis ringkas dan agihan langsung kepada mangsa banjir.
 
Abd Aziz memaklumkan, sumbangan dikumpulkan pihaknya itu hanya sempat dilakukan 5 hari dan merupakan kali kedua selepas sumbangan untuk mangsa banjir Rantau Panjang yang diserah lebih RM20,000 kutipan dalam masa dua minggu. 
 
Maklumnya, Khidmat Malaysia akan berusaha membantu dari masa ke semasa dalam perkara kebajikan dalam usaha pihaknya meluaskan khidmat kepada rakyat Malaysia. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: