Isnin, 29 Januari 2018

Khalid sedia bantu Pas hadapi PRU-14


Wartawan MalaysiaGazette


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dilapor bersedia membantu Pas berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Khalid menyatakan demikian selepas memandang parti Islam itu mempunyai peluang cerah untuk menawan Selangor, lapor sebuah laman portal.

“Ada yang bertanya kenapa saya tidak masuk Pas, saya tak perlu masuk Pas tapi bekerja dengan Pas.

“Kalau saya masuk Pas, saya akan mengubah struktur dalamaan dan orang cakap saya masuk Pas sebab nak pangkat dan jawatan, jadi biar saya bebas dalam perkara ini,” kata bekas menteri besar Selangor itu dalam satu ceramah di Batang Kali, seperti dilaporkan.

Khalid menegaskan, Pas perlu bersabar dengan sebarang kemungkinan dan cabaran menjelang PRU14 apabila akan ‘dicucuk’ dengan kenyataan yang diputarbelitkan.

Kesediaan ADUN Pelabuhan Klang itu membantu Pas dipercayai sebagai membalas jasa parti itu ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti berkenaan menyokongnya ketika krisis politik Selangor pada 2014. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: