Jumaat, 12 Januari 2018

Kes Tampar Polis : Farid Kamil Direman Selama 4 Hari

MYNEWSHUB



SUSULAN berita penangkapan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil yang dipercayai menampar anggota polis pada Khamis, aktor itu telah direman selama 4 hari bagi membantu siasatan.

 

Menurut Harian Metro, perintah tahanan reman itu yang berkuat kuasa hari ini dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid dilaporkan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya menaiki trak polis pada 10.07 pagi sebelum dibawa ke kamar Mahkamah Majistret dengan tangan bergari dan dipegang erat anggota polis kira-kira pada 10.35 pagi untuk prosiding reman berkenaan.

BACA :  Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

BACA : Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi

BACA : “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”

BACA : Peminat, Adik Akui Terkejut Farid Kamil Dicekup Polis


Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.20 petang pada Khamis, Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya.

Ketika sedang berurusan, pelakon terlibat secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tiada ulasan: