Rabu, 17 Januari 2018

Gerhana bulan penuh 31 Januari ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengalami fenomena gerhana bulan penuh pada 31 Januari ini. 
 
Fenomena gerhana bulan dijangka mengambil masa selama lima jam 17 minit itu bermula pada jam 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari). 
 
"Di Semenanjung, gerhana sedang berlaku ketika bulan  terbit di ufuk timur, manakala Sabah dan Sarawak, fenomena ini akan bermula selepas bulan terbit.
 
"Fasa gerhana penuh maksimum adalah pada jam 9.29 malam dan keseluruhan gerhana berakhir pada jam 12.08 tengah malam iaitu pada 1 Februari," kata Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), dalam kenyataan, hari ini.
 
Gerhana bulan penuh turut berlaku di timur Eropah, timur Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara. 
 
Penggunaan teleskop dan binokular akan dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas.
 
Lokasi lain boleh dikunjungi orang ramai untuk aktiviti pencerapan adalah Planetarium Negara, Kuala Lumpur; Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor dan Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
 
Orang ramai juga boleh mengunjungi Pantai Tok Jembal, Terengganu;  Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah dan Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.
 
Gerhana bulan penuh akan berlaku sekali lagi dan kelihatan di Malaysia pada 28 Julai depan.
 
 

Tiada ulasan: