Sabtu, 20 Januari 2018

Ezam sahkan akan tanding di Shah Alam pada PRU14

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor mengesahkan beliau bakal bertanding dalam PRU14 depan sebagai calon bebas.
 
Menjawab soalan pemberita berhubung pengumuman yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO) Hisbah Malaysia mengenai perkara tersebut semalam, Mohamad Ezam berkata, pengumuman rasmi akan dibuat sejurus parlimen dibubarkan.
 
Menurutnya, bertanding di Shah Alam adalah medan yang tepat untuk bertanding dalam fokus Hisbah memperjuangkan isu salah guna kuasa serta penyelewengan dalam negara.
 
“Saya terikat dengan keputusan Hisbah dan setakat ini saya akan bertanding di Shah Alam tapi sebab apa itu semua nanti saya akan maklum selepas parlimen di bubarkan," katanya.
 
Mohamad Ezam bagaimanapun menyangkal dakwaan pihak yang menyifatkan kesediaannya bertanding bertujuan memecah undi Pakatan Harapan di kawasan itu.
 
"Ianya subjektif. Ada sesetengah pihak mengatakan keputusan bertanding akan memecahkan undi Pakatan Harapan namun saya juga mengatakan ia akan memecahkan undi Barisan Nasional kerana saya lama dengan Umno," katanya.
 
 

Tiada ulasan: