Ahad, 10 Disember 2017

Siap sedia hadapi PRU-14 tawan Putrajaya

SELANGOR KINI



OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM: KEADILAN bersedia berdepan sebarang kemungkinan bagi menghadapi Pilihan Raya Umun 14, dalam tempoh terdekat ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, persiapan jentera parti sudah dimulakan dalam misi menawan Putrajaya daripada pentadbiran Umno Barisan Nasional.

“Kami telah bersedia. Kalau Perdana Menteri umum bubar Parlimen sekarang dan diadakan pilihanraya Januari depan, saya percaya jentera parti sudah bersiap sedia,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita di Pangsapuri PKNS, Seksyen 7 sempena penganjuran Jelajah Peduli Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik.=EZY=

Tiada ulasan: