Ahad, 10 Disember 2017

Pakatan Harapan tiada harapan pada PRU14?

AKHBAR RAKYAT


SHAH ALAM - Perkembangan terbaru situasi politik masa kini, dengan pelbagai isu struktural dan dalaman dalam Pakatan Harapan (Harapan) serta tindakan Pas tidak mahu menyertai mereka, peluang Harapan untuk tewas di Selangor dilihat amat besar.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, peluang Harapan melepaskan tugasan sebagai Kerajaan Selangor amat besar apabila ramai penyokong Pas dan juga kaum Cina di Selangor sendiri sudah mula tidak berminat mempromosi kerajaan Harapan.

"Jika dahulu kita dapat dengar di kedai kedai, tauke atau pekerja kaum Cina kerap bercakap soal isu politik termasuk menjadikan GST sebagai bahan kecaman pada BN, kini perkara itu sudah senyap.


"Justeru BN ada harapan besar merampas Selangor apabila Pas juga secara strategiknya dilihat sama haluan mahu mengajar Harapan erti politik realistik dan matang," katanya

Dalam pada itu katanya, kini Harapan tiada harapan untuk mengekalkan kerusi Menteri Besar Selangor.

"Tindakan Jamal Yunus mahu mencabar Azmin Ali yang kini tersepit pelbagai isu berkaitan tuduhan ke atas keluarga dengan kes SPRM adalah masa yang tepat," katanya.

Beliau berkata, pertarungan di kerusi N19 Bukit Antarabangsa pasti sengit.

"Jadi jika Azmin selaku MB pun begitu digerami BN termasuk Pas, maka peluang Harapan tumbang di Selangor adalah tinggi.

"Kini bukan sahaja soal Harapan tumbang di Selangor, tapi kerusi N19 juga adalah kawasan tumpuan politik mahu menyaksikan adakah Azmin akan hilang kerusi di Dun," katanya.

Jelasnya, pada hematnya sudah tiba masanya Selangor menubuhkan kerajaan baharu di bawah BN.

Katanya, pihak Istana sendiri kelihatan  tidak selesa dengan pimpinan dan tokoh dalam Harapan.

"Pelbagai isu  babitkan penyelewengan di pelbagai sektor, jadi adakah harapan masih ada pada Pakatan Harapan untuk kekal?, tidak logik lagi untuk kita selaku pengkaji politik untuk mengulas bahawa Pakatan akan kekal," katanya.

Md Shukri berkata, beliau dengan jelas, menyatakan Harapan akan tumbang di Selangor pada PRU14 nanti.

"Sebahagian pengundi Cina juga akan kembali 'menimbang undi mereka pada BN," katanya.

Tiada ulasan: