Rabu, 20 Disember 2017

METMALAYSIA: Angin kencang melebihi 60km/jam sehingga esok

SELANGOR KINI




KUALA LUMPUR: - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) dijangka berlaku sehingga esok

Angin kencang itu juga boleh menyebabkan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter berlaku di kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat).

MetMalaysia menyatakan keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 km/j kategori kedua turut dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga esok.

Keadaan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, pantai, menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Bagi seksyen perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga juga dijangka berlaku di perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan, utara Reef South dan timur laut Bunguran sehingga esok.

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang kategori pertama juga dijangka berlaku di kawasan perairan tengah Samui dengan ketinggian ombak mencapai sehingga 3.5 meter.

Ia berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Bagaimanapun tiada amaran ribut petir dilaporkan.=EZY=

Tiada ulasan: