Selasa, 19 Disember 2017

Kit Siang Perlekehkan Negara Islam Sebagai Negara Paling Korup






Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dilihat memperlekehkan negara Islam sebagai negara paling korup di dunia dengan bersandarkan kepada indeks persepsi rasuah Transparency International sepanjang 22 tahun lalu.

“Dalam indeks CPI 2016 yang menyenaraikan 176 buah negara, 20 negara teratas adalah negara bukan-Islam.

“Tujuh daripada negara paling korup dalam senarai 176 negara itu adalah negara umat Islam,”katanya sepertimana dilaporkan organ DAP, Roketkini.

Kit Siang berkata demikian sebagai membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan DAP tidak boleh disokong menjadi Perdana Menteri kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bersih walaupun ditadbir parti itu.



Menempelak kenyataan Abdul Hadi itu, Kit Siang bertanya kenapa PAS bersedia bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya benar DAP sebuah parti yang tidak bersih.

“Selama tujuh tahun, dari 2008 hingga 2015, Hadi mengetuai PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan UMNO-BN di Putrajaya.

“Bila masanya Hadi menyedari DAP itu ‘tidak bersih’ dan tidak layak bekerjasama?” soal Kit Siang.

Dakwa pemimpin supremo DAP itu lagi, PAS tidak senang dengan DAP apabila usaha parti Islam itu untuk mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai bakal PM pada tahun 2012 tidak disokong oleh DAP.

“Adakah sekiranya DAP menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri, ia akan kembali suci murni di mata Ahli Parlimen Marang itu?,”soalnya lagi

Tiada ulasan: