JENTERA Penerangan merupakan agen penting bagi memperkenalkan PAS kepada masyarakat dan menjawab isu semasa yang berlaku.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, tugas jentera penerangan umpama iklan yang dapat mempengaruhi minda pengguna.
Katanya, pelbagai medium yang boleh dimanfaatkan antaranya ceramah
umum, kelompok, forum, kuliah-kuliah di masjid atau premis-premis
tertentu.
Bagaimanapun menurutnya pendekatan yang diambil perlu bersesuaian dan dapat menarik sokongan masyarakat.
"Selain itu pendedahan penyelewengan BN dan isu-isu rakyat perlu
diketengahkan supaya masyarakat mengetahui apa yang berlaku," katanya
ketika merasmikan Retreat Lajnah Penerangan, Dewan Muslimat PAS
Malaysia, di Cameron Highlands, semalam.
Seramai 50 peserta mewakili negeri seluruh termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri program tersebut. – HARAKAHDAILY
Seramai 50 peserta mewakili negeri seluruh termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri program tersebut. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan