Isnin, 25 Disember 2017

'Hentikan jual arak di pasar raya, kedai runcit'

DETIK DAILY


Seluruh negara patut menarik balik kebenaran jualan arak beralkohol tinggi di pasar raya dan kedai runcit, bukan hanya di Pulau Pinang, kata pendakwah Datuk Hassan Mahmud.

Katanya, larangan itu perlu dilaksanakan menyeluruh kerana majoriti warganegara Malaysia beragama Islam, lapor Sinar Harian.

Beliau berpendapat larangan untuk Pulai Pinang sahaja tidak akan berapa berkesan kerana ia umpama menutup satu pintu sahaja dan membiarkan yang lain terbuka.

“Sebab itu ia perlu dilaksanakan di seluruh negara,” Hassan dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu semalam.

Sebelum ini, sebuah portal dilapor kumpulan dikenali sebagai Gerakan Antiarak Murah Malaysia mencadangkan Pulau Pinang menarik balik kebenaran menjual arak beralkohol tinggi kepada pasar raya dan kedai runcit.

Tiada ulasan: