Rabu, 13 Disember 2017

Harga petrol, diesel turun mulai tengah malam ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Harga bagi semua bahan api turun bermula tengah malam ini.
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga baru bagi bahan api itu di laman Twitter sebentar tadi.
 
Bagi tempoh 14 Disember hingga 20 Disember, harga bagi RON95 turun sebanyak empat sen kepada RM2.25 seliter, manakala harga bagi RON97 pula turun sebanyak lima sen kepada RM2.52 seliter.
 
Sementara itu harga bagi diesel pula turun satu sen kepada RM2.20 seliter.  
 
Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar. 


Tiada ulasan: