Jumaat, 15 Disember 2017

Belum ada perbincangan mansuhkan lafaz cerai talak tiga di Kelantan - Idris Ahmad

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sehingga kini belum ada perbincangan mengenai penggunaan lafaz taklik cerai talak tiga antara Majlis Syura Ulama (MSU) dengan PAS Kelantan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Naib presiden parti Idris Ahmad.
 
"Yang itu kita tak pernah bincang lagi, belum bincang lagi.
 
"Tapi mungkin kalau yang berkenaan lafaz (cerai) itu kita akan mansuhkan," katanya kepada Antarapos.
 
Sebelum ini Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang menyatakan MSU sedang mempertimbang untuk memansuhkan bai'ah talak tiga dalam memastikan penyelarasan lafaz bai’ah di seluruh negara pada PRU14.
 
Susulan itu, PAS Kelantan menyatakan kesediaan untuk mengubah kandungan lafaz bai'ah jika diarahkan MSU selaku badan tertinggi parti berkenaan.
 
Bagaimanapun Idris berkata keputusan itu bergantung kepada pertimbangan yang akan dibuat MSU dengan melihat keadaan semasa parti itu di Kelantan.
 
"Nanti kita akan tahu selepas perbindangan diadakan," katanya.
 
Untuk rekod PAS mengadakan bai’ah yang diwajibkan kepada setiap calon bertanding dalam pilihan raya dan selepas mereka menang terus terikat dengan parti.
 
Isu lafaz bai'ah cerai talak tiga timbul berikutan beberapa calon PAS yang bertanding dan menang pada pilihan raya lalu bertindak meninggalkan PAS untuk menyertai parti komponen Pakatan Harapan (PH).
 
 

Tiada ulasan: