Selasa, 14 November 2017

Saman BERSIH: Tak perlu IGP jadi saksi Jamal - mahkamah

MALAYSIAKINI



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah  di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) Sosma 2012 tahun lalu.

Memandangkan demikian, Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menolak sepina ke atas Mohd Fuzi untuk hadir sebagai saksi kepada ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Hakim Zaki membuat keputusan itu di kamar tengah hari tadi dan tidak membuat sebarang arahan mengenai kos.

Jamal, yang berdepan dengan saman fitnah dari Maria, berhasrat untuk memanggil enam saksi termasuk Fuzi dan bekas IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Fuzi adalah pengarah Cawangan Khas sebelum dilantik sebagai IGP menggantikan Khalid pada 4 September tahun ini.

Maria memfailkan saman itu berikutan dakwaan pemimpin Gerakan Baju Merah itu bahawa BERSIH diresapi pengganas IS. Jamal dikatakan membuat tuduhan itu pada 28 Sept dan 4 Okt tahun lalu.

Tiada ulasan: