Sabtu, 11 November 2017

PPBM sedia disiasat RoS

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan kesediaan untuk disiasat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas 10 bahagiannya membuat aduan mengenai kepincangan dalam perlembagaan parti.
 
Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata beliau akan bertemu RoS pada Selasa ini bagi memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut sekali gus menyelesaikan masalah itu.
 
"RoS sudah menghubungi dan memanggil saya Selasa depan. Saya akan memberikan kerjasama," katanya dipetik Utusan Online. 
 
Pada 1 November lalu, lapan bahagian PPBM di Johor membuat laporan kepada RoS di Putrajaya berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
 
Lapan bahagian terbabit ialah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Semberong menyerahkan laporan itu kepada wakil RoS.
 
Semalam, 10 lagi kepimpinan bahagian negeri ini membuat aduan rasmi kepada RoS berkaitan kepincangan dalam perlembagaan parti di negeri ini.
 
 

Tiada ulasan: