Jumaat, 17 November 2017

Pendaftaran HARAPAN: Tiada kemas kini, tiada komen


Status pendaftaran Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan rasmi pembangkang masih belum jelas.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Surayati Ibrahim berkata beliau masih tidak mempunyai sebarang “kemas kini” berhubung perkara itu dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ditanya kenapa masa yang lama diambil untuk menguruskan permohonan itu, Surayati hanya menjawab: “Tiada komen”.

Pada 28 Julai lalu HARAPAN mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ROS untuk mendaftarkan gabungan parti pembangkang berkenaan.

Tiada ulasan: