Khamis, 2 November 2017

Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik anugerah pingat kehormat

Pelaku jenayah: Pas cadang tarik balik  anugerah pingat kehormat

Pas mencadangkan anugerah pingat kehormat negeri atau persekutuan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam perlakuan jenayah atau disabit kesalahan rasuah ditarik balik.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata, penerima-penerima pingat begini bukan sahaja mencemarkan nama baik Sultan atau YDP Agong yang menganugerahkan pingat kebesaran tersebut, bahkan gagal membawa nilai baik dari anugerah tersebut.

“Setiap bintang kebesaran negeri atau persekutuan mempunyai nilai yang tinggi dan mesti dipelihara.

“Penerima sewajibnya mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan ia mesti mempamerkan akhlak terpuji.

“Malangnya apabila mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tindakan samseng, ia telah merosakkan nama baik Tuanku Sultan atau YDP Agong yang menganugerahkan pingat itu,” ujarnya yang dipercayai merujuk kepada kes terkini membabitkan seorang Datuk Seri yang ditahan kerana didakwa mencederakan pasuka Rela.

Tuan Ibrahim berkata, cadangan itu akan menjadikan penerima pingat kebesaran akan memelihara akhlak dan perlakuan, dan mampu menjadi contoh kepada orang ramai.

Bahkan, Pas juga mencadangkan agar saringan lebih rapi dan ketat perlu diadakan bagi memastikan bakal penerima-penerima anugerah adalah daripada individu yang selayaknya.

Tiada ulasan: