Selasa, 21 November 2017

Lelaki panjat pencawang elektrik di Bangsar gemparkan orang ramai

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik berdekatan hotel di Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam menggemparkan orang ramai apabila mereka menyangkakan individu terbabit mahu membunuh diri.
 
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian pada 5.29 petang.
 
Katanya, lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai ke lokasi bagi bantuan.
 
 
 
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki memanjat pencawang elektrik.
 
“Bagaimanapun, lelaki terbabit turun dari pencawang elektrik itu selepas mendengar nasihat anggota polis dan pihak bomba membuat persediaan dil okasi bagi memantau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
 
 
 
“Siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 26 tahun itu memanjat pencawang elektrik adalah untuk mengambil gambar swafoto sempena sambutan hari lahirnya, semalam” katanya ketika dihubungi.
 
Jelasnya, lelaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
 
 

Tiada ulasan: