Rabu, 8 November 2017

[KEMASKINI] Mangsa banjir di Pulau Pinang semakin menyusut setakat tengah hari

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
BUTTERWORTH: Banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan dilaporkan semakin berkurangan sehingga tengah hari.
 
Ketika ini, seramai 3,439 mangsa daripada 861 keluarga masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan 12 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT).
 
Kebanyakan mangsa mula pulang ke rumah masing-masing awal pagi tadi selepas air mulai surut berikutan cuaca baik sejak semalam.
 
Ketua Polis SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata daerah ini menempatkan jumlah mangsa banjir paling ramai di Pulau Pinang, namun menjangkakan angka itu berkurangan sekiranya cuaca baik berterusan.
 
"Setakat pagi tadi, hanya Jalan Lahar Yooi-Padang Menora masih ditutup, manakala semua laluan yang terjejas sebelum ini sudah dibuka sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
 

Tiada ulasan: