Sabtu, 11 November 2017

Jalaluddin Hassan nikah kali kedua Ahad ini

MalaysiaGazette
Jalaluddin Hassan akan bernikah kali kedua pada Ahad ini. 
 

KUALA LUMPUR – Pelakon berkarisma, Datuk Jalaluddin Hassan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang ibu tunggal di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, pada Ahad ini.

Jalaluddin, 63, berkenalan dengan Rapidah Abd Ghani, 44, yang merupakan adik kepada rakan baiknya dikenalinya pada bulan Ramadan lalu.

Majlis istimewa itu diadakan secara sederhana memandangkan ia adalah perkahwinan kedua pelakon tersebut.

Bulan lalu, Jalaluddin mendedahkan dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal berusia 44 tahun yang dikenalinya melalui laman Facebook.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.

Mereka mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan memiliki lapan orang anak dan 14 cucu. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: