Isnin, 13 November 2017

Husam Perbesarkan Duit UMNO-PAS Untuk Sorok Terima Dana DAP

 
 


Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa sengaja memperbesarkan isu PAS menerima duit daripada UMNO untuk menyembunyikan fakta bahawa beliau dan rangkaian menerima dana daripada DAP.

“Ada beza ke warna duit UMNO dgn duit DAP? Bukan PAN banyak terima?,” soal Rozmi Mokhtar berkenaan pengakuan Husam yang kononnya merupakan saksi terhadap penyaluran duit UMNO-PAS tersebut.

Husam dilaporkan The Malaysian Insight mendakwa beliau sendiri melihat sumber maklumat yang menunjukkan pemimpin PAS menerima wang daripada UMNO dan dakwanya jumlah itu lebih daripada RM90 juta.

“Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan pastikan ianya tepat dan benar.

“Iaitu sejumlah wang disalurkan melalui Affin Bank kepada beberapa pihak berkaitan dengan kepimpinan PAS selain transaksi runcit lain,” kata Husam dilapor portal itu.

Bagaimanapun, Husam tidak mengemukakan sebarang bukti dengan alasan tidak boleh mendedahkan kerana terikat dengan Akta Kewangan ataupun Bank dalam negara ini.

Membidas kenyataan itu, Rozmi Mokhtar berkata Husam adalah ahli politik yang tidak boleh dipercayai kerana suka bercakap berbelit-belit.

“Lidah pembelit ni belit. Hari tu kata Ambiga beritahu dia. Tiba-tiba dia lihat pulak?
“Lepas ni apa pulak agaknya dakwaan Husam ?,” soalnya.

Walaupun Husam mendakwa beliau saksi yang ‘kukuh’, namun Clare Rewcastle Brown tidak menamakan beliau sebagai pemberi sumber dalam pembelaannya di Mahkamah United Kingdom, sebaliknya Editor Sarawak Report menamakan sumbernya adalah bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.



Sebelum ini, orang kanan Husam sendiri, Che Ibrahim Mohamed membuat pengakuan bahawa mentornya itu bersama rangkaiannya mendapat dana yang banyak daripada DAP semasa bantuan kepada mangsa Banjir Kelantan 2014.

Husam melalui yayasannya, Yayasan Hijrah dan rangkaiannya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (Amanah), Pertubuhan R Kelantan, PASMA Kelantan merupakan penerima sumbangan yang besar daripada RM1.5 juta yang disalurkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.



Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang hanya menyalurkan RM250,000 sahaja kepada Kerajaan PAS Kelantan di atas nama Tabung Serambi Mekah.

“Exco Kerajaan Negeri, Mumtaz Mohd Nawi antara yang hadir menerima cek dari Lim Guan Eng sebanyak RM250,000 atas nama Tabung Serambi Mekah, Abdul Syakur Kifalah RM200,000 atas nama Pertubuhan R Kelantan (mewakili Presiden R Nazri Deraman) daripada RM1.5 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang sebagai bantuan kepada mangsa banjir 2014 di Kelantan.

“Cek kepada ambo (saya) sebanyak RM60,000 atas nama Pasma Kelantan telah diberikan kepada ambo oleh seorang “agen Pas” (maaf ambo tak ingat) kerana ambo tidak hadir selain sebanyak RM200,000 yang diterima oleh Dato Husam Musa atas nama Yayasan Hijrah dan RM200,000 atas nama Parlimen Kuala Krai(Badan Kebajikan Kuala Krai),” dedah Che Ibrahim dalam Facebook.

Che Ibrahim merupakan Naib Pengerusi PASMA Kelantan yang juga turut dilantik sebagai Naib Pengerusi 2 Amanah Kelantan.

Sudah menjadi rahsia umum, Che Ibrahim merupakan orang kanan kepada Husam, malah segala tindak tanduknya sama ada dalam PASMA atau Amanah mencerminkan ‘arahan’ daripada bekas Naib Presiden PAS berkenaan.

Tiada ulasan: