Rabu, 15 November 2017

Harga petrol, diesel naik lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
SHAH ALAM: Harga runcit mingguan petrol dan diesel naik lagi mulai tengah malam Khamis.
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga baru bahan bakar itu menerusi laman Twitter sebentar tadi.
 
RON95 naik tujuh sen daripada RM2.31 kepada RM2.38 seliter, RON 97 naik enam sen daripada RM2.60 kepada RM2.66 seliter manakala diesel pula naik lima sen daripada RM2.20 kepada RM2.25 seliter.
 
Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 16 hingga 22 November ini.
 
 

Tiada ulasan: