Isnin, 6 November 2017

Anwar cabar Akta MKN, keputusan Mahkamah Tinggi kekal

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak cabaran ketua umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN) berdasarkan bantahan awal.
 
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Rohana Yusuf berkata mahkamah sebulat suara bersetuju saman Anwar bersamaan dengan mempersoalkan kemampuan parlimen untuk menggubal pindaan perlembagaan tahun 1993 yang membenarkan undang-undang diluluskan parlimen untuk dikuatkuasakan tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.
 
Oleh itu, beliau berkata mahkamah ini terikat dengan keputusan pendahulu Mahkamah Tinggi untuk tidak membenarkan rayuan Anwar.
 
Panel hakim lain Mahkamah Rayuan ialah Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Badariah Sahamid.
 
Anwar telah memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan Akta MKN pada bulan Ogos tahun lalu, sehari selepas undang-undang itu berkuatkuasa di bawah Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.
 
Majlis Raja-Raja telah menyatakan bantahan terhadap undang-undang baru itu dan menggesa ia untuk dikaji semula.
 
Kes Anwar telah ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Oktober tahun lalu selepas Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan bantahan awal pihak kerajaan bahawa mahkamah tidak ada kuasa untuk membatalkan MKN kecuali kebenaran telah didapatkan dari Mahkamah Persekutuan.
 
Beliau menamakan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara sebagai responden.
 
Akta MKN yang dikuatkuasakan Ogos 2016, memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan.
 
Ia diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Dis 2015 sebelum diluluskan pula Dewan Negara pada 22 Dis 2015 dan diwartakan menjadi undang-undang pada Jun 2016.
 
 

Tiada ulasan: