Khamis, 26 Oktober 2017

Tikam suami, remaja 17 tahun didakwa di mahkamah

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
MUAR: Seorang isteri muda berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh suaminya, kira-kira dua minggu lalu.
 
Tertuduh yang merupakan seorang pembantu gerai makan dituduh membunuh Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28, di rumah No 130A, Jalan Indah 6 di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini kira-kira pukul 1.30 petang, 14 Oktober lalu.
 
Tertuduh mengakui memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top, namun tiada pengakuan direkodkan.
 
Dalam prosiding secara tertutup itu, dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain dan mahkamah kemudian menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula kes. 
 
Dalam kejadian 14 Oktober lalu, mangsa yang berusia 28 tahun maut selepas disyaki ditikam oleh isterinya menggunakan pisau pemotong sayur.
 
Dilaporkan, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu dan syak wasangka ekoran suaminya tidak pulang ke rumah mereka selama dua hari.
 
Pasangan muda itu dilaporkan baru lima bulan mendirikan rumah tangga.
 
 

Tiada ulasan: