Jumaat, 6 Oktober 2017

SPRM tahan tiga individu termasuk Naib Presiden WARISAN

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Naib Presiden Warisan, Peter Anthony bagi membantu siasatan mengenai penyelewengan dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah.
 
SPRM mengesahkan penahanan itu, menurut laporan laman Free Malaysia Today.
 
Beliau ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk memberi keterangan petang semalam.
 
SPRM juga berkata, Peter akan dibawa ke Mahamah Majistret pada Jumaat untuk ditahan reman.
 
Peter, pemilik Asli Jati Engineering Sdn Bhd ditangkap semasa disiasat di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu sekitar jam 6.40 petang.
 
Dua lagi yang ditahan ialah pegawai kementerian kanan berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Norhartaty Rahmat manakala ahli perniagaan pula bernama, Yu Sin Kong.
 
"Norhataty ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 8.15 malam dan Sin Kong sekitar jam 8.45 malam," lapor The Malaysian Insight. 
 
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendedahkan SPRM menyita akaun bank berjumlah RM29 juta lagi dalam siasatan kes itu.
 
Semalam, SPRM menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank susulan siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat badan itu di 15 lokasi di Sabah.
 
 

Tiada ulasan: