Rabu, 11 Oktober 2017

Siti Nurhaliza Setuju Buat Persembahan 14 October Nanti?

 Suara Kebenaran


Latar belakang Datuk Siti Nurhaliza sebagai penyokong kuat Tun Mahathir, bukan cerita baru malah telah menjadi lagenda sejak zaman berzaman.  Ketika Tun masih menjadi orang UMNO, sokongan ini dipandang sepi, tapi sekarang, ia menjadi penting kerana Tun sudah bersama Pakatan Harapan.

Maka tidak hairanlah bila ternampak satu poster yang menyatakan Datuk Siti akan mengadakan persembahan semasa himpun Selamatkan Malaysia Tolak Kleptokrasi 14 September nanti di Petaling Jaya, ramai tidak terperanjat sekalipun ia agak mengejutkan pada mulanya.

Kita memang difahamkan akan ada persembahan artis, tapi tak sangka Siti pun akan turut serta.

Apa pun jika perkara ini benar, memang sudah sampai masa yang paling sesuai untuk Siti menunjukkan sokongan dan taat setia beliau kepada Tun Mahathir yang telah banyak berjasa dalam karier muziknya.  Ia adalah sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri, karier muzik Siti bermula dan sampai ke kemuncaknya.

Setelah Najib menjadi Perdana Menteri, karier muzik Siti mula pudar, dengan terlalu banyak peluang diberikan kepada penyanyi-penyanyi baru yang tidak berkualiti.

Jika Pakatan Harapan dapat merampas Putrajaya dari tangan BN, percayalah, karier Siti akan kembali melonjak.  Bukan beliau sahaja bahkan penyanyi seangkatan dengannya yang kini menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan seperti Aisyah dan Abby Abady.

Tiada ulasan: