Selasa, 10 Oktober 2017

Seleweng dana awam: Tiga pemimpin pemuda direman

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Ketua Pemuda UmnoTenom, Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UmnoTawau, Ariffin Kassim dan Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Datuk Mohd Azis Jamman ditahan reman lima hari bermula hari ini.
 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perintah reman itu bagi membantu siasatan penyelewengan dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah.
 
Perintah itu dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus, berikutan permohonan reman difailkan SPRM.
 
Jamawi diwakili peguam Arthur Bonnie, Shahlan Jufri dan Mohd Azhier A Farhan Arifin, manakala peguam Hamid ismail mewakili Ariffin.
 
Mohd Azis pula diwakili peguam Martin Tommy, Loretto J Padua, Cedric Choo, Norazmi Alimat dan Jaikol Situn.
 
Sementara itu, SPRM diwakili Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Faliq Basiruddin.
 
Ketiga-tiga pemimpin politik itu keluar dari kamar mahkamah pada jam 1.55 tengah hari.
 
Mereka disiasat bagi dana yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara 2010 hingga 2016.
 
 

Tiada ulasan: