BANGI –Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan wang tunai sebanyak RM179
juta bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan menggelapkan dana
sebuah kementerian.
Timbalan
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, bermula semalam,
agensinya telah membekukan lebih RM150 juta dalam akaun bank.
“Hari ini pula, RM29 juta daripada lebih 10 bank juga telah dibekukan bagi membantu siasatan.
“Kita
sedang kaji lagi dokumen-dokumen dan dalam masa terdekat ini beberapa
individu akan dipanggil sebagai saksi. Siasatan setakat ini masih
berjalan dan sebanyak 15 lokasi di Sabah telah diserbu yang mana
majoritinya adalah di Kota Kinabalu,” katanya seperti dilapor Sinar
Online.
Dalam
operasi yang dilakukan, SPRM turut merampas akaun bank dengan deposit
besar, wang tunai dan susunan dokumen termasuk penyata kewangan dari
beberapa syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan