KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif
Peter Bellew berkata tidak ada campur tangan daripada sesiapa ketika
beliau menjalankan tugasnya di Malaysia Airlines, namun beliau akan
berpindah ke Ryanair kerana cintakan tanah air yang memanggilnya pulang
ke Ireland.
Dalam respon peribadi kepada pertanyaan
media, Bellew berkata beliau menerima panggilan daripada Ryanair lewat
petang 2 minggu lepas untuk menjadi ketua pegawai operasi syarikat itu.
“Ia merupakan syarikat terhebat Ireland.
Mereka perlukan bantuan saya dan terdapat cabaran yang besar. Ia dalam
bentuk khidmat untuk negara,” katanya.
Bellew berkata semasa ditanya pada 27
September, sama ada akan ke Ryanair, beliau berkata tidak, namun
seminggu kemudian, panggilan itu diterima.
“Dalam hidup, kita sebenarnya tidak dapat berkata tidak,” jelas beliau.
“Saya tidak sabar lagi untuk kembali berdekatan dengan keluarga dan rakan-rakan di Ireland,” katanya.
Beliau menyifatkan Malaysia Airlines
sebagai “istimewa” kerana ia bukan sahaja sebuah syarikat penerbangan,
bahkan antara simbol paling awal kerancakan negara ini yang hebat.
“Mereka yang tidak pernah menaikinya,
sukakannya. Kebanyakan negara mahukan ia kembali maju dan menjadi
kebangaan negara. Ia tugas yang sukar untuk melakukannya,” katanya.
“Kejayaan kini dalam gengaman kita. Hanya 4-5% lagi hasil bulanan dan ia akan membuat keuntungan.
Tidak selalunya mudah untuk untung, namun dalam suku kedua, hasil meningkat 7%.
Produk sudah nampak meningkat, pesawat
baharu berangka besar, ruang istirahat baharu, program kesetiaan yang
baharu, dan operasi yang lebih baik di Kuala Lumpur,” katanya.
Bellew bagaimanapun berkata masih ada tugas yang perlu dilakukan ke atas makanan!
“Banyak yang sudah dibuat – banyak lagi perlu dilakukan,” katanya.
Beliau bekata jenama tidak perlu diubah,
namun banyak kerja perlu dilakukan di peringkat global menerusi media
dan ejen pelancongan bagi membangunkan semula warisan.
“Orang sukakan Malaysia Airlines. Jenama sudah hidup semula dari China ke UK dan ke Australia.
Usaha perlu diteruskan dan akan menghasilkan 5% pertumbuhan hasil tambahan,” katanya.
Beliau berterima kasih kepada Khazanah
Nasional Bhd yang mempercepat transformasi serta Pengarah Urusan Tan Sri
Azman Mokhtar yang memberikan sokongan.
“Biar saya jelaskan. Khazanah ialah
syarikat pelaburan Malaysia yang berkaitan dengan kerajaan. Mereka
memberikan sokongan penuh kepada saya secara peribadi dan dari segi
korporat.
Saya berusaha untuk telus dalam urusan
harian, termasuk dalam mesyuarat dan mengheret petugas mereka untuk
bekerja dengan kami! Ia berjaya. Tidak ada campur tangan,” kata Bellew.
“Ramai yang bertanya bagaimana saya
tangani campur tangan kerajaan. Tidak berlaku pada saya. Sifar (tiada
langsung) campur tangan,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan