Khamis, 12 Oktober 2017

Pesawat A350-900 terbang kali pertama Januari ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TOULOUSE: Pesawat baru Malaysia Airlines Berhad (MAB), A350-900 akan memulakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke London pada 15 Januari tahun hadapan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Peter Bellew berkata, MAB akan mula menerima pesawat pertama pada minggu pertama Disember 2017 diikuti dengan lima lagi pesawat pada Januari, Februari dan Jun.
 
“Empat daripada enam pesawat ini akan digunakan untuk penerbangan jarak jauh ke London manakala dua lagi pesawat masih di peringkat perbincangan,” katanya selepas meninjau pesawat pertama A350-900 Malaysia Airlines di kompleks kilang pesawat Airbus di sini hari ini.
 
 

Tiada ulasan: