Khamis, 12 Oktober 2017

Nilai jualan sektor pembuatan Ogos RM56b

Wartawan MalaysiaGazette



KUALA LUMPUR – Nilai jualan sektor pembuatan pada Ogos 2017 mencatatkan peningkatan kukuh 16.5 peratus dengan jualan RM65.1 bilion berbanding RM55.9 bilion yang dilaporkan tahun sebelumnya.

Tahun ke tahun, peningkatan nilai jualan pada bulan Ogos 2017 adalah didorong oleh peningkatan dalam semua subsektor.

Jabatan Perangkaan berkata, ia membabitkan kumpulan produk peralatan elektrik dan elektronik (19.8%), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (21.0%) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (7.2%).

Ketiga-tiga subsektor ini menyumbang 80.3 peratus kepada nilai jualan sektor pembuatan.

Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Ogos 2017 adalah seramai 1,054,482 orang, meningkat sebanyak 2.6 peratus atau 26,391 orang berbanding 1,028,091 orang pada Ogos 2016.

Jumlah gaji dan upah yang dibayar meningkat sebanyak 10.6 peratus (RM338.4 juta) kepada RM3,529.6 juta, sekaligus mencatatkan purata gaji & upah setiap pekerja sebanyak RM3,347 pada Ogos 2017.

Nilai jualan per pekerja meningkat sebanyak 13.6 peratus kepada RM61,747 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: